The Story's Begin

Assalammualaikum bagi para umat Islam dan Salam Sejahtera buat para pembaca. Saya masih baru lagi di sini. Saya pernah juga buat pelbagai post di blogger ni. Tapi tidak membawa & memberi manfaat langsung kepada pembaca. Harap post kali ini lebih bermakna berbanding daripada sebelum ini. Buat masa sekarang ini saya perlu menumpukan perhatian terhadap ujian yang paling getir & besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM. Peperiksaan sekali dalam seumur hidup untuk menentukan kerjaya masa hadapan. Jadi, buat masa sekarang ini saya tidak membuat sebarang post dalam blogger ini sementara SPM semakin hampir. Selepas SPM, InsyaAllah saya akan memberi pengkongsian serta pengalaman yang lebih bermakna ke dalam blogger ini. Doakan semoga saya dapat menjawab dengan lebih berkeyakinan diri apabila saya berada dalam bilik peperiksaan. Selalunya calon berasa gabra & takut apabila masuk ke dalam dewan peperiksaan. Saya harap saya berada dalam keadaan yang tenang apabila melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan tersebut. InsyaAllah.. Amin ya rabb~ - SPM 2013 -

By : Amar Haiqal Mohd Fadzli